Monday, January 5, 2009

Pengenalan Gaharu (aquilaria)

GAHARU atau agarwood atau oud yang dikenali oleh bangsa arab dari pokok crassna ,malaccensis, subintegra merupakan wangian yang bernilai tinggi hasil daripada pokok- pokok hutan hujan tropika dan dari kawasan asia tenggara dan tropika. Resin yang terhasil didalam batang Aquilaria menjadi asas wangian yang diibaratkan oleh oleh orang asia sebagai "wood of the god". Kewangiannya telah dinikmati sekian berkurun lamanya oleh orang - orang dirantau asia untuk menghiasi upacara- upacara tradisional dan keagamaan mereka. Kini gaharu semakin menjadi bahan wangian yang dicari- cari di Asia Barat, Eroopah, Amerika dan Jepun. Malah syarikat- syarikat terkemuka pengeluar minyak wangi di Eropah dan Amerika mula menggunakan gaharu sebagai asas minyak wangi keluaran mereka. Disebabkan permintaan yang tinggi, aquilaria semakin pupus kerana ditebang secara berleluasa untuk mendapatkan keuntungan besar dari jualan resin. Semakin sukar diperolehi maka semakin bernilai tinggi produk istemewa keluaran hutan rantau kita.

No comments:

Post a Comment