Friday, November 13, 2009

BOTOL RECYCLE = BOTOL JEM



Jika anda mempunyai botol jem yang sudah digunakan, jangan buang botol2 tersebut. Sila jual kepada saya ye. Tak kesahlah size botol tu, asalkan masih elok untuk dikitar semula.

Harga ditawarkan: RM0.20 setiap botol
Kriteria:

1)Botol KACA
2)Dicuci bersih
3)Tak retak atau pecah (pecah sikit2 pun takmo)

Kalau rasanya RM0.20 sen tu sikit sgt, kumpul2 la dulu botol tu, nanti boleh pick up kat mana2. saya sgt2 serious ingin membeli botol2 terpakai ni utk next projek saya...
So, harap rakan2 boleh memberi sokonganlah ye.

Note: Bersama2 menjaga alam sekitar.HAHA

Thursday, September 10, 2009

tanam gaharu boleh jadi jutawan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm&arc=hive
ARKIB : 20/01/2009

GOPENG 19 Jan. - Sama ada percaya atau tidak, seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam sebanyak 400 pokok gaharu di kawasan seluas 0.4 hektar.
Ini bermakna, berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok.
Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama mengapa David Ho Kwan Meng sanggup berbelanja besar mengusahakan ladang gaharu pertama di negara ini.
Beliau yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam penanaman pokok gaharu kini mula mengorak langkah dengan lebih agresif apabila bertekad mengusahakan ladang gaharu seluas 113 hektar di sini.
''Dahulu saya tidak mampu untuk menanam pokok gaharu dalam jumlah yang banyak kerana kosnya agak tinggi iaitu sekitar RM15,000 bagi setiap 0.4 hektar.
''Sekarang, selepas anak-anak habis belajar barulah saya boleh buat tanaman secara besar-besaran di kawasan seluas 113 hektar ini kerana yakin ia bakal mendatangkan hasil cukup lumayan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
David yang merupakan Pengarah Urusan Gaharu Technologies Sdn. Bhd. berkata, punca utama mengapa pokok gaharu amat bernilai tinggi adalah kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan produk kesukaan ramai iaitu minyak wangi.
Selain itu, ia juga boleh menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman berzaman.
Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat.
Menurut David, minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan.
Katanya, tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.
''Sebab itulah pokok gaharu ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah nilai sebatang pokok gaharu boleh mencecah sehingga RM3 juta ringgit jika mempunyai minyak yang banyak.
''Namun kebiasaannya pokok gaharu yang bernilai jutaan ringgit itu berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dari jenis baka yang baik," katanya.
Menurut David, teknologi yang dihasilkan syarikatnya telah membolehkan pokok gaharu boleh dijual dalam tempoh lebih singkat iaitu sekitar tujuh hingga sepuluh tahun berbanding 20 tahun pada masa lalu.
''Ini kerana pokok gaharu yang kami hasilkan adalah jenis kacukan, dalam tempoh tujuh tahun ia sudah boleh ditebang kerana sudah cukup besar dan mempunyai minyak yang banyak.
''Jika orang menanam pokok gaharu baka lain, tidak semestinya ia boleh mendatangkan hasil seperti pokok gaharu yang kami hasilkan.
''Penjagaan pokok gaharu juga mudah tetapi mesti dilaksanakan dengan betul. Kita akan menyuntiknya dengan hormon apabila sudah berusia enam tahun supaya ia benar-benar berkualiti," katanya.
Beliau berkata, pihak syarikat tidak akan menghalang mana-mana pihak mengusahakan ladang gaharu malah menggalakkan mereka menceburi bidang tersebut.
Tambahan pula, syarikatnya sudah mula menjual baka pokok gaharu pada harga RM30 sepokok jika orang ramai berminat menceburi bidang berkenaan.
''Kami sudah sampai ke peringkat lebih tinggi sekarang dan bercadang untuk membina kilang sendiri bagi mengeluarkan minyak daripada pokok gaharu.
''Satu masa nanti syarikat ini boleh membeli hasil pokok gaharu daripada orang ramai dan kita sama-sama boleh menikmati hasilnya yang cukup lumayan," katanya.

Friday, August 14, 2009

mini makmal


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
mungkin ramai yang tertanya2 ape tu..ape dalam peti ais tu??
oke kita berkongsi seedikit hobby ni. sebernya yang dalam tu
adalah anak pokok yang di KLON-kan. ada orkid dan gaharu.
sebab boring sangat hujung minggu saya start modify satu
petiais dan sesuaikan dengan cara yang di dalam makmal.
maklumlah kalu nak pagi makmal hunung minggu tu selalunya
memang xsempat la.
sebarang pertanyaan sila email @ ask here.
mcm2 lg boleh buat sebenarnya..

POKOK GAHARU TANAMAN LUMAYAN PEKEBUN KECIL

Gopeng, 19 Jan : Pekebun kecil kelapa sawit dan getah bakal memperolehi pendapatan alternatif lumayan sekiranya kajian mendapati pokok gaharu sesuai ditanam di ladang kelapa sawit dan getah.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Senator A. Kohilan Pillay berkata kajian kesesuaian pokok gaharu ini sedang dijalankan oleh beberapa agensi termasuk Lembaga Getah Malaysia. Belia berkata demikian selepas lawatan ladang gaharu yang diusahakan oleh syarikat Gaharu Technologies Sdn. Bhd. seluas 113 ekar di sini baru-baru ini.
Pokok gaharu mempunyai nilai pasaran semasa yang tinggi, sebanyak 400 pokok gaharu boleh ditanam di kawasan seluar 0.4 ekar dan boleh mencapai nilai pasaran sebanyak RM 1.8 juta. Pokok gaharu yang mencecah usia 7 tahun boleh mencecah nilai dari RM 5,000 hingga RM 20,000 sebatang, kerana semua bahagian daripada pokok ini boleh digunakan untuk membual pelbagai produk.

Wednesday, June 17, 2009

Tunggul teras gaharu




Pokok2 kiranya dah mati.xtau aku brapa lama dah mati. tp aku tengok semut hitam dah buat sarang. apa lagi terus la aku g "Check". huh ada teras rupanya. rasanya banyak la jugak. ada yang atas tu teras dia sepanjang 20 kaki woo. bebaloi gak ar projek aku. sapa nak boleh amik.aku jual murah2 je. xmau aku nak demand2. yang penting barang aku jalan. 013 3452442
selain aku hantar ke kilang2 yang aku kenal. aku nak jugak jual ke orang lain. haa open mcm ni la katakan. senang , rezeki kita pakat rasa sorang sikit.

Tuesday, June 9, 2009

pokok untuk dilelong..sapa nak cepat2!!


pokok gaharu no 1:









pokok gaharu no 2:



sini ada 2 batang pokok untuk di jual. pokok ni dah ada teras. dah bertahun dah orang jual kulitnya. kopek cikit2 dan jual timbang kilo. harga boleh dirunding. pokok ni di gombak dan ada dalam tanah persendirian..dalam kebun getah dan dekat tepi jalan raya. sesiapa berminat boleh call / sms untuk berbincang. sumi 013 3452442

teras untuk dijual..:+: belang harimau :+:...


teras ni selalunya dipanggil "Belang harimau". selain membekalkan pelbagai saiz anak benih . sumi juga menjual teras yang berkualiti dan harga yang boleh dibincang. sumi xmain demand2 janji barang jalan , hati senang. orit.. sms/ call 013 3452442

Tuesday, May 12, 2009

:: Banana culture tissue

ni cara2 nak clone anak pkok pisang. slalunya sy pakai MS ja. kalu ada kelengkapan, kat rumah pon boleh buat. yang penting kena ada tempat yang bersih untuk elakkan jangkitan kulat dan bakteria. selamat mencuba.

Thursday, February 5, 2009

Bilik Incubator pisang...



Ini bilik incubator pisang. Anak benih di letakkan dalam bilik ni sampai dah btl ready nak pindah kedalam polibag.. selalunya xla lama sangat ...tengok la , dah cukup akar dan tinggi dah sesuai boleh la.

Saturday, January 31, 2009

stok benih aku.

skang ni sy dalam proses nak banyakkan lagi anak benih...semua ni buat guna kaedah kultur tisu.. terdiri daripada sub integra, crassna, malaccenciss

ladang gaharu




Permintaan hasil gaharu skg mmg sangat bagus..skang ni ramai yang dok cari tempat nak beli benih. Ni ladang yang dah lebih kurang setahun ..di Utara kedah.. kalu sape2 yang nak beli ank benih, saya ada sub integra, crassna ,malaccenciss .. harga boleh bincang...

anak pisang

pokok2 ni dah ready untuk dijual..
ni dari jenis pisang berangan, pisang abu, pisang rastari....

Monday, January 12, 2009

PEMBENIHAN GAHARU IN VITRO

Many tree species have become the focus of increasing conservation concern in recent years, primarily because of the current high rates of forest clearance and over-exploitation (Newton et al., 1999). As an illustration, recent surveys have indicated that around 9000 tree species are threatened with extinction (Oldfield et al., 1998). Aquilaria agallocha (Thymelaeaceae) is one of very few species of tropical trees and is the principal source of agarwood, one of the most highly valuable forest products currently traded internationally. Agarwood (also known as aloeswood, eaglewood and gaharu, among many other common names) is a fragrant wood that has been traded since biblical times for use in religious functions and for medicinal and aromatic preparations. High consumer demand, particularly from Middle Eastern and Asian markets, combined with decreasing supply has pushed prices progressively higher to the extent that top grade agarwood can sell for over USD 10000/kg in end-use markets (Barden et al., 2000). A. sinensis was the traditional resource of agarwood in China dating from ancient times, but is now being replaced by agarwood from A. agallocha (named imported agarwood) in the market due to its better quality. Since the 15th century, agarwood has been collected and used as a drug in China. Studies revealed that agarwood has remarkable anticancer activity (Gunasekera et al., 1981). Benzene extractable compounds possess potent central nervous system antidepression activities (Okugawa et al., 1993; 1996), so agarofuran is considered as new promising nervous system drug (Chen, 1999). The normal propagation of A. agallocha by seed is difficult. Because the seeds’ moisture content is rapidly decreased during the first few hours/days, so the viability is lost rapidly. Furthermore, insect pests infestation often of the seed inhibits the growth of the tree (Su, 1994). The present study was undertaken to develop a reproducible protocol for in vitro micropropagation using shoot.




Wednesday, January 7, 2009

wild orchid LAMPONGENSE




yang ni name LAMPONGENSE. ni kire wild jgk la.sebab jarang nk boleh jpa. aku skang ni tengah buat pokok2 ni. yelah banyak sangat time free.boring jgk. kalu kat luar aku xtau brapa harga.dengar2 citer bleh tahan mahal jgk la.. kalu korang ada pepe idea pasal pepe orkid bgtau la.kta blh kongsi. pokok leh pon xpe.

PISANG BERANGAN DAN RASTALI


hmm ni pokok pisang yang aku baru buat..actually dah selalu wat.tp yang ni la yang terbaru.
nama pisang rastali ngan berangan. saper2 yang nak kongsi idea boleh la kongsi. pisang2 ni nilai pasaran tinggi jgk la.sebab banyak orang pakai setiap hari.khasiat pon tinggi jgk. kalu kat luar dorang jual antara rm 1- rm 2. tp baru2 ni aku tengok kat selangor ria 2008 pokok dia jual mahal giler.rm 8 ! pokok tu baru tinggi xsampai 2 kaki.huhuh tu pon ada ramai orang beli..

Monday, January 5, 2009

NILAI POKOK AQUILARIA (INCOME)


Kami memilih spesis Subintegra dan crassna kerana kewangiannya yang amat digemari dan kemampuan spesis ini untuk menghasilkan resin yang tinggi di hampir kesemua bahagian batang pokok.

KAEDAH PENJAGAAN POKOK

Pokok benih ditanam setelah matang.Proses meluka (wounding) atau menyuntik inokulasi dilakukan setelah usia pokok mencapai 3 tahun. Kos wounding dan suntikan inokulan bergantung kepada keadaan dan saiz pokok.


NILAI PULANGAN MINIMUM SEHEKTAR (2.4ekar)

Sepokok RM 1,000.00

Pendapatan kasar (1075 pokok X RM 1000)
RM 1,075,000.00

NILAI GAHARU


Disebabkan permintaan tinggi terhadap resin gaharu dan bilangan pokok yang semakin berkurangan, maka gaharu begitu berharga sehingga dikatakan nilainya 1.5 kali ganda harga emas. Harga pasaran untuk sekilo gaharu yang berkualiti tinggi boleh mencecah sehingga USD 30,000 dan harga minyak pula USD 10,000 ke USD 20,000 seliter.

KEGUNAAN GAHARU

Perubatan
Aromatherapy
Wangian penenang
Bahan haruman masakan
Perfume

Pengenalan Gaharu (aquilaria)

GAHARU atau agarwood atau oud yang dikenali oleh bangsa arab dari pokok crassna ,malaccensis, subintegra merupakan wangian yang bernilai tinggi hasil daripada pokok- pokok hutan hujan tropika dan dari kawasan asia tenggara dan tropika. Resin yang terhasil didalam batang Aquilaria menjadi asas wangian yang diibaratkan oleh oleh orang asia sebagai "wood of the god". Kewangiannya telah dinikmati sekian berkurun lamanya oleh orang - orang dirantau asia untuk menghiasi upacara- upacara tradisional dan keagamaan mereka. Kini gaharu semakin menjadi bahan wangian yang dicari- cari di Asia Barat, Eroopah, Amerika dan Jepun. Malah syarikat- syarikat terkemuka pengeluar minyak wangi di Eropah dan Amerika mula menggunakan gaharu sebagai asas minyak wangi keluaran mereka. Disebabkan permintaan yang tinggi, aquilaria semakin pupus kerana ditebang secara berleluasa untuk mendapatkan keuntungan besar dari jualan resin. Semakin sukar diperolehi maka semakin bernilai tinggi produk istemewa keluaran hutan rantau kita.

Sunday, January 4, 2009

Paphiopedilum dayanum




















Ni wild orchid yang aku baru buat..Tp ori tau bukan hybrid..
ni memang susah giler nak dapat..tp kalu saper2 nak aku jual ok jer..
Bt masa ni aku blh jual anak jer la.yang umur dalam setahun.

Harga kalu kat luar aku tengok boleh tahan mahal jgk la..
kalu kena gaya boleh jadi ribu jugak la..