Tuesday, August 24, 2010

PISANG BERANGAN KEMBAR

salam semua.. huh dah lama juga xupdate page ni. bukan ape. agak sibok skit dgn menda lain sblm ni. skng ni sy ada bt st project br. suka2 je. untuk makluman, ini adalah pokok pisang.. same spt pokok pisang lain cuma bezanya pada buahya yang seakan2 kembo. pokok ni juga dah siap clone, so snang la nk tanam nnt. salam.

Friday, November 13, 2009

BOTOL RECYCLE = BOTOL JEM



Jika anda mempunyai botol jem yang sudah digunakan, jangan buang botol2 tersebut. Sila jual kepada saya ye. Tak kesahlah size botol tu, asalkan masih elok untuk dikitar semula.

Harga ditawarkan: RM0.20 setiap botol
Kriteria:

1)Botol KACA
2)Dicuci bersih
3)Tak retak atau pecah (pecah sikit2 pun takmo)

Kalau rasanya RM0.20 sen tu sikit sgt, kumpul2 la dulu botol tu, nanti boleh pick up kat mana2. saya sgt2 serious ingin membeli botol2 terpakai ni utk next projek saya...
So, harap rakan2 boleh memberi sokonganlah ye.

Note: Bersama2 menjaga alam sekitar.HAHA

Thursday, September 10, 2009

tanam gaharu boleh jadi jutawan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm&arc=hive
ARKIB : 20/01/2009

GOPENG 19 Jan. - Sama ada percaya atau tidak, seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam sebanyak 400 pokok gaharu di kawasan seluas 0.4 hektar.
Ini bermakna, berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok.
Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama mengapa David Ho Kwan Meng sanggup berbelanja besar mengusahakan ladang gaharu pertama di negara ini.
Beliau yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam penanaman pokok gaharu kini mula mengorak langkah dengan lebih agresif apabila bertekad mengusahakan ladang gaharu seluas 113 hektar di sini.
''Dahulu saya tidak mampu untuk menanam pokok gaharu dalam jumlah yang banyak kerana kosnya agak tinggi iaitu sekitar RM15,000 bagi setiap 0.4 hektar.
''Sekarang, selepas anak-anak habis belajar barulah saya boleh buat tanaman secara besar-besaran di kawasan seluas 113 hektar ini kerana yakin ia bakal mendatangkan hasil cukup lumayan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
David yang merupakan Pengarah Urusan Gaharu Technologies Sdn. Bhd. berkata, punca utama mengapa pokok gaharu amat bernilai tinggi adalah kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan produk kesukaan ramai iaitu minyak wangi.
Selain itu, ia juga boleh menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman berzaman.
Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat.
Menurut David, minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan.
Katanya, tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.
''Sebab itulah pokok gaharu ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah nilai sebatang pokok gaharu boleh mencecah sehingga RM3 juta ringgit jika mempunyai minyak yang banyak.
''Namun kebiasaannya pokok gaharu yang bernilai jutaan ringgit itu berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dari jenis baka yang baik," katanya.
Menurut David, teknologi yang dihasilkan syarikatnya telah membolehkan pokok gaharu boleh dijual dalam tempoh lebih singkat iaitu sekitar tujuh hingga sepuluh tahun berbanding 20 tahun pada masa lalu.
''Ini kerana pokok gaharu yang kami hasilkan adalah jenis kacukan, dalam tempoh tujuh tahun ia sudah boleh ditebang kerana sudah cukup besar dan mempunyai minyak yang banyak.
''Jika orang menanam pokok gaharu baka lain, tidak semestinya ia boleh mendatangkan hasil seperti pokok gaharu yang kami hasilkan.
''Penjagaan pokok gaharu juga mudah tetapi mesti dilaksanakan dengan betul. Kita akan menyuntiknya dengan hormon apabila sudah berusia enam tahun supaya ia benar-benar berkualiti," katanya.
Beliau berkata, pihak syarikat tidak akan menghalang mana-mana pihak mengusahakan ladang gaharu malah menggalakkan mereka menceburi bidang tersebut.
Tambahan pula, syarikatnya sudah mula menjual baka pokok gaharu pada harga RM30 sepokok jika orang ramai berminat menceburi bidang berkenaan.
''Kami sudah sampai ke peringkat lebih tinggi sekarang dan bercadang untuk membina kilang sendiri bagi mengeluarkan minyak daripada pokok gaharu.
''Satu masa nanti syarikat ini boleh membeli hasil pokok gaharu daripada orang ramai dan kita sama-sama boleh menikmati hasilnya yang cukup lumayan," katanya.

Friday, August 14, 2009

mini makmal


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
mungkin ramai yang tertanya2 ape tu..ape dalam peti ais tu??
oke kita berkongsi seedikit hobby ni. sebernya yang dalam tu
adalah anak pokok yang di KLON-kan. ada orkid dan gaharu.
sebab boring sangat hujung minggu saya start modify satu
petiais dan sesuaikan dengan cara yang di dalam makmal.
maklumlah kalu nak pagi makmal hunung minggu tu selalunya
memang xsempat la.
sebarang pertanyaan sila email @ ask here.
mcm2 lg boleh buat sebenarnya..

POKOK GAHARU TANAMAN LUMAYAN PEKEBUN KECIL

Gopeng, 19 Jan : Pekebun kecil kelapa sawit dan getah bakal memperolehi pendapatan alternatif lumayan sekiranya kajian mendapati pokok gaharu sesuai ditanam di ladang kelapa sawit dan getah.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Senator A. Kohilan Pillay berkata kajian kesesuaian pokok gaharu ini sedang dijalankan oleh beberapa agensi termasuk Lembaga Getah Malaysia. Belia berkata demikian selepas lawatan ladang gaharu yang diusahakan oleh syarikat Gaharu Technologies Sdn. Bhd. seluas 113 ekar di sini baru-baru ini.
Pokok gaharu mempunyai nilai pasaran semasa yang tinggi, sebanyak 400 pokok gaharu boleh ditanam di kawasan seluar 0.4 ekar dan boleh mencapai nilai pasaran sebanyak RM 1.8 juta. Pokok gaharu yang mencecah usia 7 tahun boleh mencecah nilai dari RM 5,000 hingga RM 20,000 sebatang, kerana semua bahagian daripada pokok ini boleh digunakan untuk membual pelbagai produk.

Wednesday, June 17, 2009

Tunggul teras gaharu




Pokok2 kiranya dah mati.xtau aku brapa lama dah mati. tp aku tengok semut hitam dah buat sarang. apa lagi terus la aku g "Check". huh ada teras rupanya. rasanya banyak la jugak. ada yang atas tu teras dia sepanjang 20 kaki woo. bebaloi gak ar projek aku. sapa nak boleh amik.aku jual murah2 je. xmau aku nak demand2. yang penting barang aku jalan. 013 3452442
selain aku hantar ke kilang2 yang aku kenal. aku nak jugak jual ke orang lain. haa open mcm ni la katakan. senang , rezeki kita pakat rasa sorang sikit.

Tuesday, June 9, 2009

pokok untuk dilelong..sapa nak cepat2!!


pokok gaharu no 1:









pokok gaharu no 2:



sini ada 2 batang pokok untuk di jual. pokok ni dah ada teras. dah bertahun dah orang jual kulitnya. kopek cikit2 dan jual timbang kilo. harga boleh dirunding. pokok ni di gombak dan ada dalam tanah persendirian..dalam kebun getah dan dekat tepi jalan raya. sesiapa berminat boleh call / sms untuk berbincang. sumi 013 3452442